NUffnang

Search This Blog

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Ambil Alih MAS..?

Tokoh konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dipercayai individu yang mahu mengambil alih dan memulihkan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS).

Syed Mokhtar dipercayai sudah lama berhajat untuk menguasai MAS tetapi gagal.

Meskipun usaha untuk memperoleh MAS sebelum ini tidak berjaya, namun kali ini tokoh korporat Melayu serius untuk membantu MAS selepas beberapa siri kerugian dan pelbagai masalah dihadapi oleh syarikat berkenaan.

Spekulasi penjualan MAS kepada Syed Mokhtar bertiup kencang sejak tahun lalu namun senyap begitu sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dikaitkan dengan penjualan MAS kepada Syed Mohktar apabila beliau didakwa memberi cadangan itu.

Difahamkan 'orang kuat' Syed Mokhtar sudah pun bersedia untuk membawa hasrat tokoh konglomerat itu kepada kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Syed Mokhtar dikatakan bercadang untuk mengambil alih kepentingan MAS daripada Khazanah Nasional Berhad sekitar 64 peratus tetapi kerajaan masih boleh memegang 'golden share' dalam syarikat penerbangan itu.

MAS kembali menjadi fokus selepas syarikat itu mengumumkan kerugian bersih pada suku pertama tahun ini sebanyak RM473 juta, selain menyaksikan penurunan faktor muatan terutama bagi penumpang antarabangsa pada kadar yang tinggi iaitu 60 peratus.

Insiden kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang masih gagal dikesan sehingga hari ini dijangka mengakibatkan impak kepada reputasi MAS.

Kebanyakan penganalisis pasaran meramalkan MAS akan terus mengalami kerugian pada suku kedua dan ketiga tahun ini. 

Keadaan MAS yang semakin kritikal itu dipercayai menyebabkan semakin banyak bakat-bakat terlatihnya termasuk krew, juruterbang dan juruteranya 'lari' ke syarikat lain kerana syarikat penerbangan itu gagal memberi faedah dan gaji yang diharapkan.

Bimbang dengan situasi semasa Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mahu pengurusan MAS yang diterajui oleh Ahmad Jauhari Yahya melepaskan jawatan berkenaan dan memohon kerajaan supaya MAS diterajui oleh 'orang dalam' yang tahu selok-belok industri penerbangan. - MalaysiaGazette

Friday, 23 November 2012

Kenapa Palestin?

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.

Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil, Jenin, Gaza dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.

Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.

Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?

Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.




Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al Ayyubi yang berketurunan Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

 Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?
Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.

Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini.

Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.

Tuesday, 20 November 2012

Kenapa MC Donald Kena Boikot Untuk Selamatkan Palestin

Ramai yang tertanya kenapa kita harus boikot Mc Donald untuk selamatkan warga palestin. Seperti yang anda tahu, kini Israel sedang menyerang Gaza dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dengan boikot produk israel merupakan salah satu jalan untuk mengelakkan dana yang juga merupakan sumber kewangan peperangan Israel. Mc Donald adalah antara salah satu produk israel yang paling terbesar didunia dan menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Jadi, itu merupakan sebab kenapa rakyat Malaysia perlu berbuat demikian.

Sumber: Kenapa MC Donald Kena Boikot Untuk Selamatkan Palestin | melvister.com
Ramai yang tertanya kenapa kita harus boikot Mc Donald untuk selamatkan warga palestin. Seperti yang anda tahu, kini Israel sedang menyerang Gaza dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dengan boikot produk israel merupakan salah satu jalan untuk mengelakkan dana yang juga merupakan sumber kewangan peperangan Israel. Mc Donald adalah antara salah satu produk israel yang paling terbesar didunia dan menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Jadi, itu merupakan sebab kenapa rakyat Malaysia perlu berbuat demikian.

Sumber: Kenapa MC Donald Kena Boikot Untuk Selamatkan Palestin | melvister.com
Ramai yang tertanya kenapa kita harus boikot Mc Donald untuk selamatkan warga palestin. Seperti yang anda tahu, kini Israel sedang menyerang Gaza dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dengan boikot produk israel merupakan salah satu jalan untuk mengelakkan dana yang juga merupakan sumber kewangan peperangan Israel. Mc Donald adalah antara salah satu produk israel yang paling terbesar didunia dan menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Jadi, itu merupakan sebab kenapa rakyat Malaysia perlu berbuat demikian.

Sumber: Kenapa MC Donald Kena Boikot Untuk Selamatkan Palestin | melvister.com
Ramai yang tertanya kenapa kita harus boikot Mc Donald untuk selamatkan warga palestin. Seperti yang anda tahu, kini Israel sedang menyerang Gaza dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dengan boikot produk israel merupakan salah satu jalan untuk mengelakkan dana yang juga merupakan sumber kewangan peperangan Israel. Mc Donald adalah antara salah satu produk Israel yang paling terbesar didunia dan menjana pertumbuhan ekonomi mereka. Jadi, itu merupakan sebab kenapa rakyat Malaysia perlu berbuat demikian.


Walaupun dengan hanya bokiot dan tanpa berperang, ianya dapat menjatuhkan Negara Israel. Untuk mengelakkan isu bokiot ini berterusan, Mc Donald baru-baru ini telah membuat promosi untuk memberikan produk mereka secara percuma di seluruh cawangan di Malaysia. Namun, umat Islam berasa ianya hanya helah Mc Donald untuk mengambil hati umat Islam di negara ini. Apapun, pihak Mc Donald Malaysia turut memberikan penjelasan bahawa mereka tidak pernah menyoong Israel dan mengeluarkan kenyataan seperti tertera di bawah. Apa Pendapat Anda.........??????/
Walaupun dengan hanya boikot dan tanpa berperang, ianya dapat menjatuhkan negara Israel. Untuk mengelakkan isu boikot ini berterusan, Mc Donald baru-baru ini telah membuat promosi untuk memberikan produk mereka secara percuma kepada di seluruh cawangan di Malaysia. Namun, umat islam berasa ianya hanya helah Mc Donald untuk mengambil hati umat islam di negara ini.
Apapun, pihak MC Donald Malaysia turut memberikan penjelasan bahawa mereka tidak pernah menyokong israel dan mengeluarkan seperti yang tertera dibawah.


Sumber: Kenapa MC Donald Kena Boikot Untuk Selamatkan Palestin | melvister.com


Thursday, 15 November 2012

Kebaikan Menabung........



Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. 

Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan. 

Meningkatkan Pendapatan
Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

Meningkatkan Kualiti Hidup
Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:

 Membiayai Pendidikan
Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

 Membeli Rumah
Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.

 Tanggungjawab Berumahtangga
Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.

 Membeli Barang Keperluan
Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.

 Keselesaan Hidup dalam Persaraan
Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

 Menyediakan Payung
Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

 Berdikari dari Segi Kewangan
Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat
Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.
 Berjimat Cermat
Kita hendaklah berjimat cermat dalam menggunakan sumber-sumber yang ada seperti elektrik, air dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Amalan ini dapat mengurangkan pembaziran dan menjimatkan perbelanjaan.
 Merancang Perbelanjaan
Jikalau kita merancang segala perbelanjaan dengan cermat, kita dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu. Hasilnya, kita akan mendapat lebihan yang boleh ditabung.
 Amalan Bersederhana
Apabila taraf hidup kita meningkat, ada kemungkinan kita akan berbelanja dengan berlebihan dan bersikap mementingkan kebendaan. Tabiat ini perlulah dicegah. Kita harus mengamalakan cara hidup yang sederhana bagi menjamin kepentingan masa depan.

Tuesday, 13 November 2012

MEMAKAI JAM TANGAN DI TANGAN KANAN ATAU KIRI?

Assalamualaikum....

JAM TANGAN.. adalah suatu objek yang amat penting pada zaman sekarang ni... dalam dunia teknologi ni, masa amat penting.. setiap saat dalam hidup kita ni amat berharga..

Di sini, kepada yang biasa memakai jam tangan saya nak tanye pandangan korang.. korang pakai jam tangan pada tangan kanan or tangan kiri korang ye :)

Benda ni nampak remeh temeh kan.. tapi korang rasa ada beri kesan ape2 x kepada diri seseorang daripada cara pemakaian jam tangan ni?.. kalau ada pun bagi aku adalah, tahap keselesaan masing2 je la kan.....


Dari segi pandangan sudut agama lak, aku rase masih ramai lagi yang masih keliru tentung hukum pakai jam tangan ni... daripada sumber yang saya jumpe, dalam Islam tiada istilah mane yang lebih afdal pakai jam tangan pada sebelah kanan atau kiri.. Para Ulama menyamakan konsep pemakaian cincin oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana pada zaman nabi belum ada lagi jam tangan...

Para sahabat nabi pernah terlihat nabi memakai cincin di sebelah kanan.. tapi kadang-kadang juga nabi akan memakainye sebelah kiri.. maka tiada sunnah atau nas-nas yang menunjukkan kelebihan cara pemakaian perhiasan diri ni kan :)

Kesimpulanye, bagi saya la, terpulang kepada masing-masing untuk cara pemakaian jam tangan ni kan.. yang penting memberi keselesaan dan tidak mengancam keselamatan diri kan.. dan yang paling utama bukan cara pemakaiannye, tapi cara pemakai menghargai dan menepati fungsi jam tangan tersebut.... :)

Apa pendapat korang semua......Sekian..

7 Kebaikan Tidur Awal

Kita sering disarankan agar tidur dalam tempoh tujuh atau lapan jam setiap hari. Ataupun tidur lebih awal serta bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, agak susah sekali menerap kebiasaan supaya tidur secara teratur. Padahal, saranan itu mempunyai manafaat yang tidak kurang baiknya.

Bila diketahui bahwa tidur lebih cepat menawarkan banyak manafaat seperti menurunkan berat badan atau membuat Anda lebih produktif semasa bekerja di pejabat, mustahil Anda tidak ingin melakukannya? Cuba selami beberapa kebaikan menghindar diri dari tidur larut malam seperti berikut: 


Berat badan turun
“Orang yang berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar," tutur Evelyn Tribole, MS, RD. Diperingatkan bahwa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori tersimpan di dalam tubuh. Di samping itu, ketika Anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya Anda pasti akan melewatkan sarapan juga pada esok harinya. Akibatnya tenaga tubuh Anda akan berkurang dan cenderung makan berlebihan pada hari siang. Sumber ini adalah menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University. 

Tidur lebih nyenyak
Berbagai testimonial menunjukkan bahwa kebiasaan tidur larut malam sehingga dini hari, mampu menyebabkan kesan insomnia. Selain menjadi lebih susah untuk tertidur,  Anda juga akan berasa lebih sulit untuk kekal teratur dalam kondisi tidur. Adalah sangat menyengkelkan ketika Anda terbangun pada waktu malam hari lalu mengalami kesulitan untuk kembali tidur.

Tenaga lebih produktif pada pagi hari
Anda boleh mengaku sudah biasa berjaga malam, namun tidak seorang pun diprogram secara biologis untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, Anda pasti akan bangun dalam keadaan segar serta kadar tenaga yang lebih tinggi. Kondisi ini membuat Anda mampu melakukan aktiviti Anda dengan lebih produktif.

Jantung yang lebih sehat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahwa sukarelawan dalam sebuah testimonial yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui memiliki pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar maklumat, pengerasan pembuluh arteri darah merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung. 

Lebih bertenaga
“Mereka yang terpaksa tidur pada waktu pagi hari (contohnya, pekerja shif malam) sebenarnya tidak pernah benar-benar terbiasa dengan rutin hidup itu," ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute. Menurut Gromer, seringkali para pekerja seperti ini hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukanlah mengalami fasa tidur lelap yang panjang. Hal ini tentu membuat daya fizikal mereka tak pernah segar keseluruhannya.

Bersukan lebih baik
Sebuah ujikaji yang diadakan Stanford University meminta sekelompok atlet meningkatkan jam tidurnya sehingga 10 jam semalam selama enam minggu. Hasilnya, prestasi mereka ketika latihan sukan meningkat tinggi. Andai begini, Anda tak perlu personal trainer untuk mencapai tujuan latihan Anda dalam berolahraga 

Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak dapat tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja di dalam sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan kantuk akibat tidur pada waktu larut malam serta kesan tidak nyenyak. “Kesan kafein biasanya hanya bertahan selama 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuhnya 10 jam setelah Anda meminumnya," kata Gromer. Dengan tidur lebih awal Anda akan membebaskan diri dari rutin meminum kopi yang tidak menyenangkan ini.

Semak Saman Trafik Online JPJ/PDRM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..........

Mungkin bukan satu masalah dan alasan untuk anda tidak meluangkan masa menggunakan kemudahan internet bagi tujuan semak saman trafik online  baik daripada saman polis trafik ataupun saman JPJ yang mana sekarang anda boleh check saman secara online melalui kemudahan MYEG.

Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :
Cara #1 :
  1. Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya hantar ke 32728
  2. Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
Cara #2 :
  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
  2. Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888
Cara #3:
  1. Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
  2. Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

Semak Saman JPJ Melalui Online 

saman trafik online Semak Saman Trafik Online JPJ PDRM

Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)

Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk semak saman. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :
  1. Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad
  2. Kemudian anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
  3. Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)
  4. Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
  5. Kemudian anda boleh hantar
  6. Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Semak Saman yang man satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
  7. Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan
  8. Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda akan ulangi langkah 1-7 sekali lagi selepas ini.
semak saman trafik Semak Saman Trafik Online JPJ PDRM

Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).
Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..
  • Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia, sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
  • Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)

Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika? 

saman aes malaysia
Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…
Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara
Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat. AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?
Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik? 
Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…
“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”
Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.
P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju?