Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..........
Mungkin bukan satu masalah dan alasan untuk anda tidak meluangkan masa menggunakan kemudahan internet bagi tujuan semak saman
trafik online baik daripada saman polis trafik ataupun saman JPJ yang
mana sekarang anda boleh check saman secara online melalui kemudahan MYEG.
Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui SMS
PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :
Cara #1 :
- Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya hantar ke 32728
- Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728
Cara #2 :
Cara #3:
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888
- Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
- Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728
Semak Saman JPJ Melalui Online
- Sila klik link ini : Laman Web JPJ
Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)
Menggunakan kaedah ini lebih mudah untuk semak saman. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah :
- Anda boleh pergi ke > MyEG Services Berhad
- Kemudian anda perlu daftar dahulu butir-butir diri anda sebelum anda boleh mula semak saman anda.
- Tekan butang Daftar Sekarang (Register Now)
- Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…
- Kemudian anda boleh hantar
- Setelah selesai anda boleh Log in menggunakan username dan password anda. Anda boleh pilih untuk Semak Saman yang man satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)
- Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit. Jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpanan
- Nasihat : Ikut sahaja peraturan yang telah ditetapkan di jalan raya. Jika tidak, anda akan ulangi langkah 1-7 sekali lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment