Kat sini aku bagikan secara ringkas antara
tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa
yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan
nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan
rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke
destinasi dengan selamat.
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila
pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam
mana nak jalan jauh dengan lancar
2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali
distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak
hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level
minyak berada di bawah tanda mi.
3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus
berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai
minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake
menitis pada body.
4)Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung
harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak
power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa
jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada
aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah
air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator
pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent
melimpah keluar.
6)Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka
tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau
bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus.
7)Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan
Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau
tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower.
Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass
kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya
gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat
pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan.
9)Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas
berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin
memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator,
alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah
berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa
fungsi kipas berjalan lancar…
10)Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil
duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika
tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna
bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas
kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan
bunga tayar sudah nipis..Ukur tekangak kat dinding
tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..
11)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru.
Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran
baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap
berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk
(campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini
terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila
minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi
kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.
12)Periksa Bawah Lantai Tempat Parking Kereta
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok
bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai
kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai
kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
13)Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol
dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga
perlu dipastikan berfungsi sempurna.
14)Pemeriksaan Battery Basah
Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana
menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan
kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya
seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air
bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali.
isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan
isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah
pulak karang...
15)Pemeriksaan Battery kering
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada
tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana
tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau
maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg
tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih
sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..
16)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta
Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.

Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.

Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.

Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.